Sekolah Kebangsaan Seri Kenanga, Johor Bahru dibuka pada 1 Januari 1984 dengan nama Sekolah Kebangsaan Perumahan SEDC. Pada waktu tersebut, seramai 14 orang guru telah ditugaskan di sekolah ini dengan diiketuai oleh Tuan Syed Mustaffa bin Sulong sebagai guru besar pertama. Kumpulan pertama
murid-murid yang telah bersekolah pada waktu tersebut adalah seramai 562 orang.
Pada April 1984, Persatuan IbuBapa & Guru sekolah ini telah ditubuhkan dengan mesyuarat agung kali pertama telah diadakan pada 14 September 1984. Encik Yahya bin Ismail telah dilantik sebagai Yang DiPertua yang pertama.
Pada tahun 1989, sekolah ini telah dibahagikan kepada dua sesi (pagi dan petang) bagi menampung jumlah murid-murid yang telah bertambah.
Sekolah yang pada asalnya hanya mempunyai sebuah bangunan dua tingkat, telah ditambah dengan satu bangunan setingkat pada tahun 1992 dan diikuti dengan bangunan tiga tingkat pada tahun 1994.
LENCANA SEKOLAH
LAGU SEKOLAH
Marilah kita berusaha,
Menulis nama mulia,
Di Sekolah Kebangsaan Seri Kenanga,
Yang kita sangat sayangi.
Tanamkan semangat tinggi,
Berusaha untuk mencapainya,
Menunai kewajipan pada negara,
Cubalah sampai berjaya.
Kupertaruhkan seluruh jiwaku,
Untuk menjulang namamu,
Ku tetap berbangga menyebut namamu,
Walaupun dimana jua.
Tanamkan semangat tinggi,
Berusaha untuk mencapainya,
Menunai kewajipan pada negara,
Cubalah sampai berjaya,
Cubalah sampai berjaya,
Cubalah sampai berjaya.
VISI & MISI
VISI SEKOLAH
Sekolah Unggul, Penjana Generasi Terbilang.
MISI SEKOLAH
Membangun Potensi Individu Melalui Pendidikan Terbilang.
No comments:
Post a Comment