13 November 2010: Majlis Anugerah Cemerlang yang diadakan dengan tujuan untuk memberi penghargaan kepada murid-murid SKSK yang cemerlang di dalam pelbagai bidang telah diadakan di
Dewan Seri Kenanga, SKSK. Majlis yang bermula pada pukul 9 pagi, telah dirasmikan oleh YDP PIBG SKSK, Dato' Md. Shadip b. Mohd. Sebanyak 31 kategori anugerah yang merangkumi bidang akademik & kokurikulum telah disampaikan kepada murid-murid SKSK yang cemerlang dalam bidang masing-masing pada majlis tersebut. Anugerah Tokoh Murid 2010 telah berjaya dirangkul oleh Muhammad Zarul Ikmal Nordin (lelaki) & Nurul Aina Abdul Razak (perempuan).
No comments:
Post a Comment