12 Februari 2011: Larian Mahkota & Merentas Desa Peringkat SK Seri Kenanga telah diadakan dengan matlamat untuk membangunkan usaha penglibatan secara menyeluruh dan bersepadu bagi mewujudkan pelajar dan guru yang mempunyai minat mendalam untuk bersukan.
Aturcara dimulakan pada pukul 8 pagi dengan aktiviti senamrobik. Ianya diikuti dengan ucapan perasmian oleh Guru Besar SKSK, Pn. Maselah Mohd. Tahir dan pelepasan Larian Mahkota dan Merentas Desa SKSK telah dilakukan pada pukul 9 pagi. Murid-murid telah berlari mengikut laluan yang ditetapkan dengan diawasi oleh guru-guru serta bantuan yang diterima dari anggota-anggota polis dari pihak Polis DiRaja Malaysia. Larian tersebut telah melibatkan murid-murid dari tahun 4 hingga 6.
No comments:
Post a Comment