21 May 2011

Sambutan Hari Guru


Sambutan Hari Guru peringkat SK Seri Kenanga yang telah diadakan pada Isnin, 16 Mei 2011 lalu dimulakan dengan perarakan guru-guru dari kantin ke Dewan Seri Kenanga yang diiringi dengan paluan kompang oleh kelab kompang SKSK. Majlis sambutan di dewan kemudiannya dimulai dengan bacaan

doa oleh Ustaz Mohd. Fadli. Para guru SKSK yang diketuai oleh Pengerusi Badan Kebajikan Guru & Kakitangan SKSK, En. Mohd. Nasrul Hisyam kemudiaanya telah membaca Ikrar Guru dengan penuh semangat. Ini diikuti dengan nyanyian rasmi perhimpunan lagu `Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara'. Bacaan perutusan-perutusan oleh Menteri Pelajaran, Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri serta Pegawai Pelajaran Daerah kemudiaanya telah disampaikan oleh barisan Guru-guru Penolong Kanan SKSK. Para guru serta murid SKSK telah turut dihiburkan dengan beberapa persembahan daripada murid-murid tahun 6 sebelum majlis berhenti rehat untuk minum pagi. Sejurus majlis disambung semula, acara sukaneka guru telah diadakan di dataran dan foyer bangunan baru SKSK. Acara-acara yang telah dijalankan adalah futsal, bola jaring, Ikatan Kasih Tautan Budi dan Pakaian suratkhabar. Ini diikuti dengan penyampaian hadiah cenderahati kepada para pemenang. Bagi pertandingan Guru Idol, ianya telah dimenangi oleh En. Mohd. Hanipa, Pn. Salmah (pagi), En. Mohd. Zaki dan Pn. Noor Faiza (petang). Setalah majlis di sekolah tamat pada pukul 1 tengahari, guru-guru SKSK kemudiannya telah menghadiri jamuan tengahari bertempat di sebuah restoran di Larkin.




























































































































































































3 comments: