18 NOVEMBER 2011: SK Seri Kenanga telah mencatat satu sejarah yang tersendiri dimana pertama kali sejak penubuhan SKSK, seorang guru telah bersara semasa berkhidmat di SKSK. Pn. Hjh. Fatmah Mohd. Zaki yang telah berkhidmat sebagai seorang guru selama 32 tahun dan 8 tahun terakhir di
SKSK, telah diraikan dengan meriah oleh semua warga SKSK sebagai penghargaan kepada segala jasa & pengorbanan yang telah beliau berikan sepanjang perkhidmatan beliau. Pada majlis itu juga, Pn. Hjh. Hamidah Mustafa (GPK Petang) & Pn. Laijanah Mangulimbang yang akan berpindah ke sekolah baru pada tahun hadapan telah turut diraikan. Pn. Hjh. Hamidah akan berpindah ke SK Damansara Alif selaku GPK Hal-Ehwal Murid, manakala Pn. Laijanah akan berpindah ke sekolah di tempat kelahirannya di Sabah. Diucapkan selamat bertugas di tempat baru kepada mereka berdua & kepada Pn. Hjh. Fatmah, seluruh warga SKSK mengucapkan jutaan terima kasih di atas jasa & bakti yang telah dicurahkan selama ini serta selamat bersara.
No comments:
Post a Comment