25 JUN 2011: Hari Terbuka SK Seri Kenanga telah diadakan dengan tujuan memberi peluang kepada para ibubapa untuk mengetahui prestasi dan tahap pencapaian semasa anak-anak mereka di sekolah. Ruang perjumpaan bersama guru-ibubapa kesemua kelas tahun 1 hingga 5 ditempatkan di foyer
bangunan baru SKSK. Manakala murid-murid tahun 6 pula di kelas masing-masing. Murid-murid tahun 6 bersama dengan ibubapa mereka juga telah terlebih dahulu menghadiri satu taklimat bersama guru besar, Pn. Maselah Mohd Tahir di Dewan Seri Kenanga. Hari Terbuka kali ini turut dimeriahkan dengan pembukaan pelbagai gerai makanan, minuman, perbankan, kesihatan dan barang keperluan lain.
No comments:
Post a Comment