2 Julai 2011: Larian 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia peringkat SK Seri Kenanga, dimulakan dengan pendaftaran para peserta. Para peserta kemudiannya berkumpul di padang SKSK untuk mendengar perutusan YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri
Pelajaran, yang telah dibacakan oleh guru besar, Pn. Maselah Mohd. Tahir. Para peserta larian ini yang dilancarkan serentak di seluruh negeri telah dilepaskan pada 7.45 pagi. Pihak sekolah turut menyediakan cenderahati kepada 30 peserta pertama yang telah menamatkan larian mereka.
No comments:
Post a Comment